Mesti ramai yang tak yakin dengan entri ni kan? yela,penulisnya pun bujang lagi,
sibuk nak cerita mengenai anak.Bagi saya, tak salah kalau nak berkongsi ilmu ,
kita tak perlu nak jadi "perfect" untuk tegur/nasihat/berkongsi ilmu dengan orang lain.
Entri yang saya hendak kongsikan ini berdasarkan pengalaman saya juga.
Saya dididik dari kecil dengan cara begini.Terima kasih "my family".
Teknik Untuk Meransang Minda Si Kecil
Di sini saya hendak berkongsi teknik-teknik yang di yakini berkesan.Apa teknik nya?
Pupuk kan keyakinan bahawa mereka berkebolehan sejak kecil
Di usia kecil si manja, kita memang tidak perasan tentang apa yang mereka mampu lakukan satu hari nanti.Sebagai ibu bapa pula, sudah semestinya kita akan mengharapkan kejayaan si manja kita kelak .Jadi,untuk ke arah itu,apakah usaha yang harus kita lakukan?
Antara teknik yang ibu bapa boleh usahakan ialah "pupuk minat si manja dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu bidang" .Maksud saya di sini ialah kita fokus satu benda yang boleh memastikan si manja kita lebih satu langkah berbanding kanak-kanak biasa yan lain atau dalam bahasa inggerisnya "one step futher between other".
Contohnya seperti saya,Pada usia tiga tahun saya sudah boleh membaca dan mengira.Biasalah tu kan?membaca dan mengira.Ingin saya ulang,"PADA UMUR TIGA TAHUN". Jadi,ini menunjukkan saya dah lebih satu langkah berbanding kanak-kanak lain,Sejak kecil lagi saya telah dimotivasi dengan cara begini.Jadi saya adalah antara kanak-kanak yang paling bersemangat pada zaman itu,Sebabnya saya ada apa yang orang lain tak ada.Dari kecil lagi minda saya telah diransang untuk menjadi seorang yang berjaya.Tapi kesan buruknya,Saya menjadi kanak-kanak yang paling "poyo" di sekolah tadika,"heheheh".Usaha ibu ayah saya juga,membuatkan minda saya cepat memproses sesuatu ilmu yang baru,bahasa biasa dia "senang tangkap".
Jadi,dekat sini saya nak senaraikan apa yang anda boleh lakukan untuk meransang minda si manja anda.
Antaranya ialah :
- Terapkan si manja anda dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa lain.Saya ada pengalaman di mana kanak-kanak umur dalam lingkungan 4 tahun memperbetulkan "vocabulary" saya.Memang saya nampak semangat betul adik tu bila dia betul dan saya salah.Sebagai inisiatif,boleh hantar si manja anda ke "smart reader kids".
- Daftarkan si manja anda dalam kelas-kelas musik sepeti piano.Muzik bagi kanak-kanak tidak melalaikan,malah sangat meransang minda.Cuba bayangkan,pada umur 5 tahun,si manja anda mampu bermain alat muzik dengan baik.Ini bermakna,dia ada sesuatu yang kanak-kanak lain tiada.Jadi,sudah pasti motivasi diri akan meningkat.*Di tempat saya,kelas muzik hanya RM 70 sebulan.Apa salahnya melabur sikit untuk kejayaan orang tersayang.
- Jika anda mahir dalam sesuatu perkara,pupuk si manja anda dengan minat anda itu.Saya ada seorang rakan yang telah berkahwin dan mempunyai anak.Rakan saya merupakan seorang "free runner" dan beliau suka pada aktiviti lasak seperti "wall climbing" dan mendaki gunung.(perempuan).Setiap apa yang beliau buat,anak beliau pasti berada disisi.Beliau ajar sejak kecil lagi.Sehinggakan bila beliau "injured" dan tak dapat melakukan aktiviti lasak,anaknya yang sibuk mengajak ibunya bersenam.Sehari tak bersenam tak sah.Sekarang anaknya dah seperti seorang atlit.Sangat cergas dan bersemangat.
Sebenarnya banyak lagi inisiatif yang anda boleh lakukan untuk si manja anda,terlalu banyak.Jadi,didik lah si manja anda sejak kecil demi memastikan kejayaan mereka kelak.Jadikan mereka seorang yang berbeza berbanding kanak-kanak lain.Baru lah hasilnya nanti "luar biasa"

Ada tak yang berani buat macam ni?huhuh

alolololo,,sukanya dia,,blup blup blup

Adik ni hebat main piano
4 comments:
thanks share tips..
mmg kene terap dari kecil..lau da besau baru nak ajar mmg pyh la kan..
yaya : da besar pun boleh ajar,,,heheh,,tapi kalau meransang minat dari kecik,,,dah besar lagi hebat :)
thanks for share..akan diguna pakai nanti :)
insyaallah nk try nanti
Post a Comment